PELAKON Azhan Rani tidak menyangka dapat bekerja dibawah arahan dua orang bekas pelajarnya iaitu Azhar Zainal dan Fasyali Fadhli dalam pementasan teater berjudul Andak Bertandak.
Kata Azhan atau Azhan Abdul Rani, 48, dia bagaikan tidak percaya melihat Azhar dan Fasyali bertindak sebagai pengarah serta penulis skrip, sekali gus akur untuk mendengar arahan mereka.
Meskipun pernah menjadi pelajarnya sewaktu mengajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azhan sanggup mengetepikan statusnya itu semata-mata ingin memberi peluang kepada bakat muda.