IMPIAN penyanyi Aisha Retno untuk mengadakan persembahan solo pertamanya pada 16 November ini musnah apabila pihak penganjur membatalkan konsert Aisha Retno Malam Sutera.
Pihak penganjur iaitu Kharisma Music International menjelaskan pembatalan itu disebabkan jualan tiket konsert yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu tidak mendapat sambutan pembeli.
“Kami dengan dukacita mengumumkan konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan atas sebab jualan tiket yang rendah.
Konsert Aisha dibatalkan selepas jualan tiket yang rendah.