PENGALAMAN 22 tahun sebagai pengarah sudah cukup membuatkan Shuhaimi Lua mudah menghidu jika ada di antara artis dibawah arahannya terjebak dalam cinta lokasi.
Shuhaimi atau Shuhaimi Lua Abdullah, 49, berkata, biasanya dia boleh menghidu jika ada sebarang ‘kecurangan’ yang berlaku dengan hanya melihat pada monitor ketika mereka sedang berlakon.
Tegas Shuhaimi, dia juga tidak bersetuju dengan kewujudan cinta lokasi di antara pelakon kerana set penggambaran adalah tempat mencari rezeki dan bukannya pasangan.
Shuhaimi menasihati pelakon untuk memberi fokus terhadap lakonan mereka.