TAK berhenti dapat kecaman susulan memuat naik video anak lelakinya iaitu Azal bercerita mengenai alat sulit, pelakon Zarina Zainuddin bengang dituduh sengaja membuat perkongsian berunsur lucah.
Tidak memaparkan sebarang aksi keterlaluan, Zarina, 54, sebaliknya menjelaskan video itu dikongsi dengan tujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mengawasi tindak tanduk anak-anak.
“Benda ini yang dikatakan lucah… ada saya post Azal bukak seluar dia? Cuma kata benda macam ‘gajah’ dan saya nasihat dekat dia jangan tengok benda bukan-bukan.
Zarina hanya mahu beri kesedaran pada orang ramai.