BUKAN sahaja teruja bercerita kemenangan di Anugerah TikTok Malaysia 2023, personaliti media sosial Ryan Bakery turut berkongsi khabar gembira isterinya, Elyia Ibrahim kini sedang hamil lima bulan.
Tidak menyangka bakal bergelar bapa, Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, turut memohon doa peminat agar kandungan isterinya berada dalam keadaan selamat.
Malah Ryan juga sudah mempunyai perancangan nama untuk anaknya meskipun belum mengetahui jantina bayi mereka nanti.