ISTERI kepada pelawak Ajak iaitu Nur Afifah Anim terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor pada awal pagi Khamis selepas mengadu sakit kepala sejak malam Rabu.
Kata Ajak atau Mohamad Hanaffi Razak, 38, dia yang sedang bersiap untuk memulakan tugas di konti bagaimanapun menghubungi pihak pengurusan stesen untuk mendapatkan cuti kecemasan.
“Bangun pagi tadi (Khamis) saya lihat isteri menangis dalam selimut, katanya sakit kepada sejak semalam (Rabu). Saya pun jadi panik melihat keadaan dia.
Ajak tidak dapat bersiaran di konti Suria FM pada Khamis.