ENGGAN berdiam diri, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali akhirnya tampil bersuara menjawab tuduhan netizen yang mendakwanya memandai-mandai mendaftarkan persekolahan anak tiri iaitu Ameena.
Menyedari status dirinya sebagai seorang ibu tiri, Siti Zulaikha atau lebih mesra dengan sapaan Mama Tiz berkata dia sentiasa berpada-pada menguruskan keluarga dan enggan berlebih-lebihan dalam setiap perkara.
“Kita ini kalau jadi orang luar pun rilek-rilek saja. Tak pernah pula saya menafikan Ameena ini ada mak kandung. Saya pun sedar diri saya mak tiri,” katanya ketika membalas salah satu komen di hantaran Instagram suaminya.
Isteri Fizi akhirnya bersuara.