TINDAKAN isteri kepada penyanyi rap Caprice bersuara mengenai isu poligami pempengaruh media sosial iaitu Abang Tesla mendapat pujian warganet yang rata-rata bersetuju dengan pandangan dilontarkan.
Farra Inalis atau lebih mesra dengan sapaan Elis berpendapat wanita yang tidak mahu berpoligami berhak membuat pilihan dalam hidup mereka seperti mana suami mereka memilih untuk berkahwin lain.
Disebabkan itu juga kata Elis, seorang suami juga harus menghormati keputusan isteri yang tidak sanggup hidup bermadu.
Kata-kata Elis buat Caprice terdiam.