SEKADAR berbalas komen, penyanyi Irfan Haris tiada niat cuba mencelah atau mengambil kesempatan di sebalik isu membabitkan kakaknya iaitu Amira Othman.
Irfan atau Ifran Haris Othman, 24, berkata tindakan dia membalas komen Fattah Amin sekadar menghormati pelakon berkenaan yang meninggalkan komen di akaun TikTok miliknya.
“Saya tiada niat pun nak mencelah, sekadar balas komen sahaja sebab dia minta untuk berduet dengan kakak saya.
Irfan dan Fattah saling membalas komen raih perhatian netizen.