PELAKON Iqram Dinzly tampil mempertahankan Shuk Sahar dan mendedahkan sikap sebenar pelawak berkenaan yang dikatakan seorang lelaki yang sangat kuat bekerja.
Menurut Iqram atau Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, Shuk merupakan seorang yang ringan tulang dan sering membantu rakan-rakannya dalam urusan perniagaan.
“Sepanjang perkenalan saya di mana saya berniaga berkongsi booth dengan Shuk, saya rasa beliau berhempas pulas berniaga tanpa kira masa, kudrat dan ringan tolong sahabat-sahabatnya menjual dan mengajar teknik perniagaan.