ENGGAN terus dituduh mengharapkan wang daripada suami, pelakon Datin Intan Najuwa menjelaskan semua perbelanjaan yang dilakukan olehnya menggunakan pendapatan sendiri.
Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, memberitahu dia tidak perlu bergantung kepada suami iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman kerana masih mampu hidup berdikari tanpa mengharapkan wang sesiapa.
“Untuk sesiapa yang tertanya-tanya dan terfikir bahawa saya menggunakan duit suami, tolong ingat ya saya ada duit dan pendapatan sendiri.