PENYAMPAI radio Fizi Ali menegaskan tidak timbul isu merebut hak jagaan anak antara dia dan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri.
Sebaliknya kata Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, dia hanya mahukan anaknya Ameena Sofia mendapat kasih sebaiknya meskipun sudah berpisah dengan Shakilla.
“Sekali lagi saya nak tekankan, saya bukan merebut hak jagaan. Cuma hak melawat, bermalam dan hak untuk Ameena mendapat kasih sayang sama rata,†katanya.
Fizi dan bekas isteri capai sepakat untuk menjaga anak mereka bersama.