SEJAK pemergian suami tercinta iaitu Allahyarham Suhaimi Saad, penyanyi Ina Naim memberitahu dia tidak boleh bersendirian dan memerlukan teman hidup dalam membesarkan anak-anak.
Menurut Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, kehadiran bakal suami iaitu Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor diharap dapat membantunya meneruskan usaha mendidik dan membimbing anak-anak yang sedang membesar.
“Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa terutamanya Feroz dan Laila kerana banyak masa. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar.