SELEPAS namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi, pelakon Ruhainies masih dapat meluahkan rasa syukur apabila dapat menyambut hari raya di Tanah Suci Makkah pada tahun ini.
Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, peluang berada di sana disifatkan sebagai impian menjadi kenyataan untuk berpuasa dan meraikan Aidilfitri di Makkah.
“Mimpi menjadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah suci.
Perkongsian Ruhainies di Instastorynya yang sedang berada di Madinah.