USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri teruja apabila isterinya menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Ferrari sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.
Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata dia sudah lama mengidamkan memiliki kereta mewah berkenaan namun tidak menyangka dengan kejutan dilakukan isterinya iaitu Datin Seri Shahida.
Malah dia juga memberitahu kereta berwarna merah dengan nombor pendaftaran PMD 1 itu juga dipilih oleh isterinya.
Aliff tak sangka terima kejutan dari isteri.