PELAKON Syazwan Zulkifly berkongsi khabar duka kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rosnani Ali yang meninggal dunia sekitar pukul 9 malam Sabtu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada usia 63 tahun.
Menurut Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 38, ibunya dimasukkan ke IJN sejak lebih sebulan lalu akibat komplikasi selepas terkena jangkitan kuman pada paru-paru.
Kehilangan ibu amat dirasai buat Syazwan.