MAHKAMAH Persekutuan meminda hukuman penjara seumur hidup kepada pemenjaraan 33 tahun terhadap bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh penyanyi era 90-an, Along Spoon.
Hukuman pindaan itu bermula dari tarikh tertuduh iaitu Mohamed Ya’acob Demyati, 57, ditangkap pada 4 Januari 2000.
Sebelum ini Ya’acob dijatuhkan hukuman gantung sampai mati namun diringankan kepada penjara seumur hidup selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuan yang dibuat.
Mohamed Ya’acob Demyati dipercayai orang terakhir bersama Allahyarham.