PENYANYI Atilia mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan secara dalam talian selepas menerima jemputan kerjasama podcast berbayar dengan sebuah syarikat antarabangsa.
Taktik scammer atau penipu itu menyebabkan Atilia atau Raja Putri Atilia Raja Haron, 50, kehilangan akses kepada akaun sosial media miliknya secara tiba-tiba.
Bukan hanya hilang 68,000 jumlah pengikut di Facebook, penyanyi ini juga meluahkan kebimbangan jika ada individu lain cuba menyamar menggunakan identitinya.
Akaun media sosial Atilia tiba-tiba sahaja digodam.