SELEPAS menjalani prosedur pembedahan plastik pada bahagian hidung, pelakon Zarina Anjoulie berkata dia tidak teragak-agak membuang implan tersebut sekiranya sudah bosan dengan perubahan yang dibuat.
Kata Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, selepas menjalani prosedur tersebut dia merasakan penampilan baharunya itu tidak sesuai dengan dirinya.
“Ya saya baru buat hidung, tak ada yang perlu diselindungkan lagi kerana semua pengikut di media sosial saya sudah mengetahuinya.
Zarina berniat untuk membuang implan pada bahagian hidungnya.