PELAKON Scha Alyahya menegaskan tiada siapa berhak menghukum pekerjaan dan rezeki seseorang sehingga tergamak melemparkan kata-kata cacian dan hinaan yang boleh mengguris hati.
Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir Al-Yahya, 41, sikap suka menanam kebencian sepatutnya tidak patut berlaku hanya kerana seseorang tidak sealiran dengan mereka.
“Siapa kita untuk menjatuhkan hukum pada kehidupan dan rezeki seseorang? Jangan kita tanam kebencian dan sebar permusuhan hanya kerana tidak sealiran dengan anda.
Scha tampil mempertahankan diri susulan gerakan Blockout2024.