DUA kali menduduki tangga pertama dalam rancangan Famili Duo 3 (FD3), penyanyi Haqiem Rusli dan Ariff Bahran menjelaskan mereka tidak pernah rasa selesa dengan kedudukan tersebut.
Sebaliknya Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, menjelaskan dia dan Ariff merasakan kecemerlangan itu sebagai peringatan untuk tidak mudah berasa selesa dan perlu terus memberikan persembahan terbaik.
“Kami tidak boleh nak playsafe, setiap minggu kami akan kerap berjumpa dan bincang apa perlu dilakukan.