SEORANG tukang rumah dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 selepas mengaku bersalah mengugut dan mempermainkan perasaan pelawak Harith Iskander serta keluarga di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat.
Izzuddin Md Salim, 31, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, S. Mageswary.
Tertuduh diarahkan menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap pada 24 Januari lalu.
Harith dan Dr Jezamine Lim ketika tiba di mahkamah.