PENYANYI rap Joe Flizzow tidak akan menolak peluang kembali menjalin kerjasama dengan Malique susulan timbul desas-desus mengatakan bekas anggota Too Phat itu bakal membuat kemunculan semula.
Joe atau Johan Ishak, 46, bagaimanapun menyerahkan perkara itu ditangan Malique dan sentiasa bersedia untuk kembali bersatu dengan sahabat baiknya itu.
“Insya-Allah kita doakan, jika Malique mendengar apa saya katakan ini, ia terpulang kepada kamu bro. Keputusan di tangan kamu. Saya sentiasa bersedia.