PENYANYI Datuk Hattan terkejut dengan khabar angin mendakwa konsert Sifu dan Aku yang dijadualkan berlangsung pada 3 Februari ini dibatalkan.
Menjelaskan perkara tersebut, Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin, 60, berkata tiket tersebut mendapat sambutan ramai malah dia juga baru pulang dari Sabah bagi tujuan mempromosikan tiket konsert berkenaan.
“Isu itu sama sekali tidak timbul kerana saya terkejut mendengar ukonsert berkenaan dibatalkan.
Tiket konsert Hattan dan M Nasir sudah terjual sebanyak 50 peratus.