GOSIP kononnya penyanyi Shila Amzah bakal bercerai dengan suaminya iaitu Ubai semakin menjadi-jadi apabila banyak blog hiburan berkongsi berita tidak benar itu.
Menyedari mengenai perkara itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, bagaimanapun enggan ambil pusing dengan berita palsu berkenaan.
Ditanya oleh peminat di Instastory mengenai tindakan yang bakal diambil oleh Shila, penyanyi lagu Khilaf Asmara ini berkata dia tidak terfikir untuk menfailkan saman terhadap blogger berkenaan.
Shila dan Ubai masih dalam keadaan baik.