PENYANYI Shiha Zikir mendedahkan masalah kebimbangan melampau atau anxiety dialami semakin parah sehingga dia takut menaiki kapal terbang.
Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, berita tentang pesawat terhempas sebelum ini juga menjadi faktor yang menyumbang kepada ketakutannya.
“Mungkin ramai tak tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anxiety semakin menjadi-jadi… Tambahan pula ketika itu banyak berita tentang pesawat terhempas.
Shiha turut meminta pandangan ramai bagi mengatasi masalah yang dialami.