PELAKON Datuk Fizz Fairuz berhasrat menghantar anak-anaknya mendalami ilmu agama dengan mendaftarkan mereka ke sebuah tadika tahfiz di Pahang.
Teruja dengan kewujudan tadika berkenaan, Fizz atau Fairuz Zainal Abidin, 46, berkata, ia usaha yang baik apabila sebuah pusat pengajian menawarkan pengajian hafazan al-Quran di peringkat pra-sekolah.
“Apabila dapat tahu kewujudan pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali ada sebuah tadika memberikan tumpuan hafazan al-Quran untuk kanak-kanak,” katanya kepada mStar.
Fizz berniat mahu hantar anak-anaknya mendalami ilmu di Pusat Tahfiz.