KENYATAAN pengurus kepada Nur Fazura iaitu Iman Tang yang mendakwa tidak mengetahui tentang pelancaran lagu baharu berjudul Bertahan Demi Cinta duet bersama Fattah Amin sekadar pendapat peribadi.
Fazura Studios dalam satu kenyataan dikeluarkan menjelaskan kenyataan Iman tidak mewakili syarikat itu malah perancangan telah dibuat lebih awal sebelum pasangan itu bercerai pada 7 Oktober lalu.
“Kami ingin menegaskan kenyataan dikeluarkan oleh pengurus kepada Fazura berhubung pemilihan tarikh pelancaran lagu ini adalah pendapat peribadi semata-mata serta ia tidak mewakili syarikat.
Fazura lancar lagu baharu selepas bercerai.