MENGAKUI terseksa melakonkan babak meminum air basuhan dan mencium kaki aktor Faizal Hussein, pelakon Fazlina Ahmad Daud tetap profesional melakukan aksi itu dalam drama bersiri Bidaah.
Berjaya merakamkan babak itu sekali sahaja, Fazlina, 50, berkata dia berusaha mendalami watak berkenaan sehingga memuaskan hati pengarah dan produksi.
“Minum air basuhan dan cium kaki! Memang terseksa.
Fazlina berani melakonkan babak minum air basuhan kaki.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Saya betul-betul lakukan tanpa ada tapisan dan babak itu saya hanya lakukan sekali sahaja.
“Faizal letak kaki dia dalam besin dan bila saya lakonkan babak itu secara automatik mudah sebab sedang dalam karakter,” katanya kepada mStar
Fazlina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media drama bersiri Bidaah yang diadakan di Aloft, KL Sentral, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Menurut Fazlina, dia bersetuju melakonkan babak aksi itu kerana tanggungjawabnya sebagai pelakon untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai isu ajaran sesat.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Rasa jijik lakon babak cium dan jilat kaki Farah Ahmad, Hariz Hamdan lakukan atas dasar tanggungjawab sebagai pelakon
ARTIKEL BERKAITAN:Impian Fazlina Tercapai Dapat Bergandingan Dengan Ogy Ahmad Daud
Malah perkara itu secara tidak langsung merupakan satu bentuk dakwah yang dilakukan untuk memberi keinsafan kepada penonton.
“Di set penggambaran kami profesional dan apa yang saya lakonkan itu adalah tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk berikan pengajaran kepada masyarakat.
“Secara tak langsung ini adalah salah satu dakwah daripada saya melalui lakonan,” jelasnya.
Cerita Fazlina lagi, ketika menerima tawaran drama berkenaan, dia menyangkakan ia hanyalah watak biasa sehinggalah berada di set penggambaran.
Minum air basuhan dan cium kaki! Memang terseksa.
FAZLINA AHMAD DAUD
PELAKON
Namun watak berkenaan secara tidak langsung membuka matanya mengenai ajaran sesat yang wujud dalam masyarakat.
“Saya ingat watak yang dibawa hanya biasa-biasa tapi rupanya karakter diberikan pada saya itu berat.
“Karakter saya dengan watak sangat berbeza, sehingga saya rasa kasihan pada mereka yang jadi mangsa kumpulan ajaran sesat.
“Mereka mengambil kesempatan dengan kononnya membawa ajaran agama Islam yang benar,” katanya.
Fazlina profesional ketika berlakon dalam Bidaah.
Bidaah mengisahkan tentang Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud) untuk menyertai Jihad Ummah iaitu sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).
Namun, Baiduri segera menyedari terdapat banyak perkara mencurigakan di sebalik ajaran kumpulan itu, termasuk perkahwinan paksa dan kepatuhan yang membuta tuli.
Kembalinya Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnol Rahmat), membuatkan Baiduri semakin yakin bahawa ajaran Jihad Ummah sememangnya tersasar.
Faizal dan Fattah antara pelakon lain yang menjayakan drama Bidaah.
Bersama Hambali, Baiduri bertekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran, walaupun nyawanya sendiri terancam.
Selain Fazlina dan Faizal, pelakon lain yang membintangi naskhah tersebut ialah Fattah Amin, Riena Diana, Marisa Yasmin, Vanidah Imran, Fathia Latiff, Hasnol Rahmat serta Malia Baby.
Drama sebanyak 15 episod itu akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!