SELAIN berbakat besar sebagai penyanyi, Datuk Fazley Yaakob turut mempunyai bakat besar sebagai seorang cef sehingga melayakkannya memenangi program Masterchef Selebriti Malaysia pada 2012.
Sejak itu, Fazley lebih banyak melibatkan diri dalam bidang berkaitan kulinari sehingga berjaya membuka restoran miliknya iaitu Suka Sucre.
Tidak hanya itu, Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 46, turut menjalin kerjasama dengan pelbagai jenama gergasi yang melantiknya sebagai duta atau pun mencipta menu baharu.