PENANGAN kisah sensasi membabitkan pelakon Fattah Amin membuatkan ramai memberi tumpuan terhadap apa sahaja yang dilakukannya.
Pastinya peminat mahu mengetahui perkembangan Fattah selepas kisah penceraiannya menjadi bualan sejak 7 Oktober lalu.
Muncul membuat sesi secara langsung di platform TikTok, akaun milik Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dibanjiri ramai pengikut pada malam Sabtu.
Ramai pengikut yang memberi gift buat Fattah.