IMPIAN pelakon Fatin Afeefa melihat anak sulungnya bergelar penghafaz al-Quran bakal terlaksana selepas menghantar Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.
Menerusi perkongsian dimuat naik pusat tahfiz berkenaan, Fatin bersama suaminya iaitu Aliff Awang dilihat berdiri memerhatikan Adam yang sedang membaca lafaz janji.
Dalam lafaz tersebut, kanak-kanak itu berjanji untuk berkerja keras sehingga berjaya menjadi seorang hafiz al-Quran dalam tempoh setahun.
Momen tersebut dikongsi pusat tahfiz berkenaan di TikTok.