TIDAK lagi berselindung, pelakon Fathia Latiff kini dilihat terbuka berkongsi momen sedang bersiar-siar bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya di Osaka Jepun.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, lelaki tidak diketahui identitinya itu dilihat berbual mesra dengan aktres berkenaan menggunakan bahasa Sepanyol.
Menerusi ruangan kapsyen, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, turut meluahkan rasa rindu kepada jejaka berkenaan.
Fathia masih lagi berada di Jepun ketika ini.