PENCERAIAN beberapa pasangan artis tahun ini memberikan impak negatif terhadap industri hiburan sehingga ada yang berpendapat ia seolah-olah menjadi trend dalam kalangan selebriti.
Bimbang melihat situasi berkenaan, pelakon Fasha Sandha berkata dia dan suami iaitu aktor Aidil Aziz sentiasa bertawakal kepada Allah dan berusaha sedaya upaya menjaga hubungan rumah tangga mereka itu.
Malah Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, enggan memberikan sebarang reaksi berhubung penceraian rakan artis lain, sebaliknya memilih mendoakan yang terbaik buat mereka.