PELAKON Fasha Sandha sanggup terbang ke Bali, Indonesia semata-mata ingin meraikan perkahwinan rakan artis Luna Maya pada Rabu.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata, dia sudah lama tidak bertemu dengan sahabatnya itu namun mereka masih sentiasa berhubung antara satu sama lain.
Kata Fasha, dia tumpang gembira melihat Luna kini sudah bertemu teman hidup.