MENGAMBIL inisiatif untuk kembali memberi kesedaran mengenai peperangan di Gaza, penyanyi Alif Satar terpanggil untuk menganjurkan satu majlis agama yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.
Menurut Alif atau Alif Mohd Satar, 35, program diberi nama Qiamulaill Seperti Jumaat itu juga merupakan idea rakan penyanyi Faizal Tahir yang menghubunginya baru-baru ini.
“Faizal hubungi saya selepas berlaku semula serangan di Gaza. Jadi kami rancang untuk adakan program sebegitu untuk ‘kejutkan’ semula kepada orang ramai tentang kesedaran terhadap nasib penduduk di sana.
Kempen Geng Subuh yang digerakkan Alif semakin mendapat sambutan.