PELAKON Datin Almy Nadia memaklumkan empat anaknya dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami muntah dan cirit birit berlarutan kerana dijangkiti Rotavirus.
Almy atau Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 38, berkata anak bongsunya iaitu Nur Afrina Aisyah pada awalnya mengalami muntah dan cirit selama empat hari.
Diikuti anaknya Nur Afrina Ayra sehingga dia membuat keputusan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera pada petang Jumaat, sebelum dua anaknya yang lain iaitu Nur Afrina Aurora serta Nur Afrina Arianna.
Anak-anak Fizz dan Almy sedang terima rawatan di hospital.