PELBAGAI persepsi timbul selepas pengacara dan penyanyi Elly Mazlein bangkit bersuara mempertahankan diri sehingga ada yang menganggap ia berlebihan dan sengaja mahu mencari perhatian.
Bagi Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, setiap individu ada pandangan tersendiri dan dia enggan ambil pusing jika ada kurang senang dengan kenyataannya sebelum ini.
“Ikut suka kalau ada yang anggap begitu. Yang penting saya gembira. Saya mahu sentiasa terus berkasih sayang,” katanya kepada mStar.
Elly tidak mahu terus berdiam jika ada yang bercakap tentang dirinya.