MULA melibatkan diri dalam dunia seni sejak kecil, Elfira Loy rupa-rupanya tidak pernah berminat bergelar seorang pelakon.
Sebaliknya kata Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, dia meneruskan kerjaya ini kerana mahu membantu ibunya menambah pendapatan mereka sekeluarga.
Menurut Elfira pendapatan pertama diterimanya juga telah membuka matanya untuk lebih serius meneruskan kerjaya sebagai pelakon.
Sejak kecil Elfira bekerja membantu keluarga.