TIDAK menyangka kehadirannya dituduh ‘oversahdow’ adik sendiri, pelakon Fasha Sandha tiada niat berbuat demikian ketika hadir ke majlis memperkenalkan Elisya Sandha sebagai duta sebuah produk baru-baru ini.
Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, dia tidak sedar tentang perkara itu dan hadir selepas dijemput sendiri oleh Elisya dan pengasas produk berkenaan.
“Itulah kasihan dia (Elisya). Saya rasa macam biasa sahaja tapi bila orang bercakap fasal perkara itu baru saya tersedar.
Fasha hanya mahu beri sokongan kepada Elisya di majlis perlantikan adiknya sebagai duta sebuah produk kesihatan.