PELAKON Datin Elvina Mohamad menyelar tindakan seorang pengguna media sosial yang secara terbuka mengkritik dan memintanya tidak lagi menggunakan nama bapa iaitu ‘Mohamad’.
Berang dengan komen tersebut, Elvina atau Norzalina Mohamad, 28, turut beranggapan kata-kata netizen itu adalah satu tindakan yang kurang bijak.
“Awak bodoh atau berlagak bodoh. Hanya kerana saya pakai hooded gown, saya kena buang nama bapa?
Elvina berkongsi profil pengguna media sosial yang menegur dirinya.