DIGARI bersama isteri tercinta menjadi satu kenangan indah buat pelawak Mamat Sepah ketika ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat pada 2 Julai lalu.
Disebabkan kejadian itu juga, Mamat atau Mohd Noor Murad, 39, menganggap ia sebagai satu simbolik dia dan isteri iaitu Nordiana Ibrahim akan hidup bersama selamanya.
“Bergari bersama isteri menjadi kenangan manis yang tak boleh lupa. Kami bergari pergi mahkamah dan menjalani ujian air kencing.
Mamat kongsi pengalaman ditahan pihak polis.