PELAKON Talha Harith meluahkan rasa bengang terhadap seorang aktres yang dikatakan tidak berdisiplin ketika mereka sama-sama terlibat menjalani penggambaran sebuah drama.
Kata Talha atau Talha Amir Harith, 35, pelakon berkenaan bukan sahaja tidak menepati jadual ditetapkan malah dilihat tidak mempunyai jiwa ketika membawakan wataknya.
“Tengah-tengah shoot di Terengganu dia boleh pula balik Kuala Lumpur. Hilang macam itu sahaja. Paling bengang dia kata nak datang semula ke set awal, tapi tetap lambat.
Talha meluahkan rasa kecewa.