HASRAT pelawak Shuib ingin bertemu dengan arwah isterinya iaitu Siti Sarah Raissuddin dalam mimpi akhirnya menjadi kenyataan.
Dalam mimpi tersebut, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata dia berada di sebuah pulau dan berhasrat ingin menghubungi arwah isterinya namun panggilan tersebut tidak berjawab.
“Saya mimpi saya pergi pulau dia macam kem. Saya buka beg untuk cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah.
Shuib sebak dapat bertemu Sarah dalam mimpi.