SUDAH lama tidak bertemu sahabatnya iaitu Syamsul Yusof, pelakon Salina Saibi bagaimanapun memberitahu dia masih berkomunikasi dengan pengarah itu melalui kiriman mesej.
Menerusi perbualan mereka pada minggu lalu, Salina, 42, Syamsul memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik dan tiada apa yang perlu dirisaukan.
“Saya tidak ada berjumpa dengannya, saya hanya banyak berkomunikasi dengan dia di DM. Dia selalu cakap dengan saya jangan risau, dia okay.