SEJAK kebelakangan ini, drama berkisarkan pergolakan rumah tangga cukup mendapat tempat di hati penonton sehingga ada di antara mereka terbawa-bawa dengan kisah dipaparkan.
Tidak ketinggalan drama bersiri Viu Original Di Hatiku Ada Kamu yang turut meninggalkan impak mendalam di hati penonton – sedih, dendam, marah dan geram dengan kisah rumah tangga di antara Rian Aulia dan Adif lakonan Hannah Delisha dan Redza Rosli.
Adif dan Rian yang berkahwin atas aturan keluarga rupa-rupanya menyimpan dendam tersembunyi untuk membalas dendam sehingga membuatkan penonton emosi dengan sikap Adif.
Awal kebahagian Rian dan Adif tersembunyi dendam.