NEKAD meneruskan penceraian dengan suaminya iaitu Fattah Amin, pelakon Nur Fazura memberitahu keputusan itu bukanlah satu perkara mudah buat dirinya.
Kata Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dia telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum memutuskan untuk memfailkan cerai pada 13 September lalu.
“Keputusan yang telah saya buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan saya.
Fazura menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram.