PELAKON Azhan Rani memuji kredibiliti dan sikap profesional aktres Sharifah Sakinah yang dianggap sebagai heroin paling mudah memberi kerjasama.
Azhan, 48, turut meluahkan rasa kagum terhadap Sakinah yang berjaya memberi penghayatan ketika membawa watak berat dalam drama arahan Eyra Rahman berjudul Wok.
Azhan juga kata Sakinah tidak pernah merungut walaupun berdapan banyak cabaran dalam menjayakan watak seorang wanita malang dan penuh dugaan.
Sakinah membuktikan kredibiliti membawa watak berat.