PENYANYI Datuk Aishah mendedahkan ada menerima cadangan pembayaran baru daripada penaja Gegar Vaganza musim keempat (GV4) iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Isa sebagai penyelesaian membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000.
Bagaimanapun kata Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, dia tetap tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan tetap mahu meneruskan tindakan melelong harta usahawan berkenaan.
“Selepas saya kemuka writ penyitaan, dia ada respon melalui peguam dengan satu cadangan pembayaran baru.
Aishah mahu meneruskan lelongan harta penaja.