PENDAKWAH selebriti Da’i Syed sanggup mengorbankan motosikal kesayangannya untuk diberikan kepada pembaca bertuah yang membeli buku hasil tulisannya berjudul 7 Hari Istikharahku.
Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalulail, 28, berkata, tidak salah untuk berkongsi motosikal berharga hampir RM20,000 itu kepada peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kariernya sebelum ini.
“Motosikal itu saya baru beli sekitar bulan puasa lalu. Memang sayang, tapi ada juga terfikir untuk jual semula.
Syed kongsi kisah cinta dalam buku tulisannya.